Thursday, March 3, 2011

Pendarahan semasa kehamilan...=(





    Pendarahan semasa kehamilan adalah sangat menakutkan...Namun, sebahagian daripada pendarahan adalah serius dan tidak serius.

Pada trimester pertama(1 minggu -12 minggu)
- penyebabnya adalah kemungkinan :
  • kanser serviks
  • perubahan serviks termasuk lebih banyak perjalanan darah ke serviks yang lembut yang boleh menyebabkan pendarahan faraj yang tidak berbahaya selepas melakukan persetubuhan atau melakukan ujian pelvik.
  • kehamilan ektopik
  • pendarahan pengimplanan
  • keguguran
  • beberapa jangkitan serviks..
Trimester kedua dan ketiga
-Ianya termasuk :
  • keguguran
  • plasenta praevia
  • gangguan plasenta
  • pembukaan pra matang pada serviks dimana ia boleh menyebabkan kelahiran pra matang
  • kelahiran pra matang dimana ia boleh menyebabkan pendarahan ringan terutamasekali apabila ianya disertakan dengan kontraksi biasa, sakit belakang atau tekanan pelvik.
  • masalah dengan serviks seperti jangkitan serviks, radang serviks atau pertumbuhan pada serviks.
  • pecahan uterus, perkara yang jarang berlaku dan boleh meragut nyawa dimana uterus terkoyak di sekeliling garisan parut disebabkan oleh pembedahan C-section
Namun kebanyakan pendarahan pada trimester pertama tidak dapat dikenalpasti puncanya..Oleh itu, jagalah diri anda sebaik yang mungkin ya....=)
Hohohoho

No comments:

Post a Comment