Tuesday, March 1, 2011

PEMBESARAN BAYI DALAM RAHIM SETIAP MINGGU

Da lama x bukak blog hehe...kali ni sekali buka nak kongsi lah pasal kehamilan sebab ff pun dah disahkan hamil jugak.Gembira nye rase dan xsangka betol dalam perut rupenye ada benda yg sedang hidup dan semakin membesar...selalu jugak terfikir sebesar apelah anak aku ni dalam perut ye...biasalah naluri seorang ibu le katakan...first time pulak tuuu...Setakat ni ff da baca jgk byk buku n majalah. Disini ff nak kongsi bersama tentang pembesaran bayi yg ada dalam rahim kita setiap minggu...=D
_________________________________________________________________


0-5 minggu
embrio anda berukuran 2.5mm pjg iaitu lebih kurang sebutir beras saiznya.


6 minggu
berukuran setengah sentimeter pjg dan menyamai saiz sebiji bunga matahari atau sebutir kuaci.


7 minggu
bayi semakin membesar dan matang. Saiznya seperti sebiji kacang pis.


8 minggu
embrio membesar seperti buah raspberi


9 minggu
Ketika ini, embrio dikenali sebagai fetus dan sudah berkembang ke 2.5 cm atau seperti saiz beri hitam.


10 minggu
akhir minggu ini, bayi sudah berukuran 3.5cm pjg dan seakan-akan kacang buncis.


11 minggu
saiz diantara 2.5cm hingga 5cm pjg dan dia sudah pandai menendang dan menelan tetapi tidak dirasai kerana saiznya masih kecil iaitu seakan sebiji anggur.


12 minggu(3 bulan)
dia sudah berukuran kira-kira 6.5cm dan menyerupai bentuk strawberi.


13 minggu
dgn ukuran 7.5cm saiznya seperti sebesar buah kiwi


14 minggu
bayi semakin panjang dan berukuran 7.5cm hingga 10cm dan bentuknya seakan daun bayam yg besar.


15 minggu
beratnya lebih kurang 50gm dan saiznya kira-kira 10cm dan menyerupai jagung manis.


16 minggu(4 bulan)
saiz bayi kira-kira 11-12cm. Kakinya mula tumbuh panjang daripada tangannya dan agak bulat seperti buah oren.


17 minggu
saiz lebih kurang 12.5cm pjg dan beratnya 170gm. Ia seperti buah avokado.


18 minggu
ukuran bayi kira-kira 14cm. Bentuk bayi sudah digambarkan kerana sudah membesar sedikit. Panjangnya seperti sebiji lobak merah.


19 minggu
anggaran saiz 15cm dan beratnya lebih kurang 225gm seperti sebiji pisang kapas.


20 minggu(5 bulan)
tahap pertengahan kehamilan dan bayi berukuran lebih kurang 16.5cm dan menyerupai buah mangga yang besar dan lebar.


21 minggu
saiz bayi semakin membesar kira-kira 18.5cm dan bentuknya seakan sebiji pisang yang besar.


22 minggu
saiz kira-kira 19cm dan panjangnya seperti sebiji batang jagung.


23 minggu
bayi seberat 450gm dan panjangnya kira-kira 20cm dan sebesar biji labu.


24 minggu(6 bulan)
bayi kini sebesar terung dan saiznya agak besar iaitu kira-kira 21cm.


25 minggu
berat bayi lebih kuarng 500gm dan berukuran 22cm. Panjangnya lebih kurang sama dengan mee spaghetti yg belum direbus..hehe


26 minggu
bayi sudah berukuran 23cm dan seperti bungkusan twisties saiznya(ala keropok ringan tu..).


27 minggu
ketika ini dia membesra menjadi 25.5cm iaitu sama panjang sudu kayu.


28 minggu(7 bulan)
bayi sudah bertambah besar dari 26cm hingga 39cm dan kakinya mula terperosok dalam pelukannya sendiri.Panjangnya sama dgn panjang majalah.(x kirala wanita ke jelita ke pa&ma ke asalkan bukan urtv..besar lebih tuuu...)


29 minggu
minggu trimester ketiga dimana panjangnya mencecah 42cm sama seperti pembakar roti...(aikk!!...)


30 minggu
bayi sudah berukuran 44cm dan lebih kurang tapak tempat duduk kerusi makan anda...hehehe


31 minggu ke 32 minggu
bayi berukuran 45cm dan menyerupai timun panjang di pasaraya...


33 minggu
berukuran kira-kira 46cm daripada hujung rambut ke kaki dan sama bulat seperti saiz tembikai


34 minggu
ukurlah lebar peti ais kerana ianya sama seperti saiz bayi anda sekarang iaitu kira-kira 48cm.


35 minggu
ketika ini ukurannya sudah49cm sama seperti penutup periuk nasi yang besra tu...


36 minggu
anggaran 50cm, sama panjangnya dengan sebuah ketuhar gelombang mikro di rumah..


37 minggu ke 42 minggu
bayi akan membasar menjadi manusia baru dan saiznya mungkin mencecah 53.5cm daripada rambut hingga kaki.ketika ini bayi anda hanya tunggu masa untuk dilahirkan. Masa inilah yg dinnati-nantikan para ibu....


Sampai sini aje lah perkembangan bayi ye. Akan tetapi setiap kandungan adalah berlainan. Ianya cuma untuk panduan sahaja...=)





















1 comment: