Wednesday, March 9, 2011

MATTA FAIR datang lagi...


Haa....sape2 yang hujung minggu ni xde pape nak buat...Moh le g tgok MATTA fair kat pwtc nanti....mane la tau kan sekali pegi trus rase nak melancong pulak hehehe...ada pulus leh le ek...rase nye nak g la minggu ni dgn suami...dia yg ajak...mengisi masa lapang katakan...nak jalan kat kl cam de tempat jek...huhu....

Meh la join eh....dr 11-13 mac ni....

Thursday, March 3, 2011

Pendarahan semasa kehamilan...=(





    Pendarahan semasa kehamilan adalah sangat menakutkan...Namun, sebahagian daripada pendarahan adalah serius dan tidak serius.

Pada trimester pertama(1 minggu -12 minggu)
- penyebabnya adalah kemungkinan :
  • kanser serviks
  • perubahan serviks termasuk lebih banyak perjalanan darah ke serviks yang lembut yang boleh menyebabkan pendarahan faraj yang tidak berbahaya selepas melakukan persetubuhan atau melakukan ujian pelvik.
  • kehamilan ektopik
  • pendarahan pengimplanan
  • keguguran
  • beberapa jangkitan serviks..
Trimester kedua dan ketiga
-Ianya termasuk :
  • keguguran
  • plasenta praevia
  • gangguan plasenta
  • pembukaan pra matang pada serviks dimana ia boleh menyebabkan kelahiran pra matang
  • kelahiran pra matang dimana ia boleh menyebabkan pendarahan ringan terutamasekali apabila ianya disertakan dengan kontraksi biasa, sakit belakang atau tekanan pelvik.
  • masalah dengan serviks seperti jangkitan serviks, radang serviks atau pertumbuhan pada serviks.
  • pecahan uterus, perkara yang jarang berlaku dan boleh meragut nyawa dimana uterus terkoyak di sekeliling garisan parut disebabkan oleh pembedahan C-section
Namun kebanyakan pendarahan pada trimester pertama tidak dapat dikenalpasti puncanya..Oleh itu, jagalah diri anda sebaik yang mungkin ya....=)
Hohohoho

Wednesday, March 2, 2011

Ana Raffali dan Monoloque_Konsert Analog

Salam....dan selamat hari khamis...=)
Hari ni nak cerita pasal ana raffali dan monoloque la...yela..sekarang sume org pun da kenal...Masa bulan 12 tahun lepas, ff ada g dengan suami g tengok live band diorang...Masa tu, xla berapa kenal sangat diorang ni..kenal pun dengan ana raffali jek tu pun pasal lagu dia yg tajuk 'hujan di kuala lumpur' tuu..pastu da ari minggu xtau nak buat ape tu g jela mengisi masa yg terluang...hehe...
 
Diorang buat live band tu kat Istana Budaya....xpenah pun masuk situ ...sekali masuk dewan dia tu teringat pulak masa live band nada biru bersama atilia tuuu....huhu...tp tgok kat tv je le....kat astro kan ade...Cerita balik pasal konsert analog ni...lagu yg diorang sampaikan memang best2...lagu group monologue ni pun best jgk..tp xde la kisah cintan2 sgt...byk pada cerita-cerita biasa je yg dijadikan lagu tp unik jgk lagu diorang ni....
Apepun korang nak tau best ke x? kenela tengok sendiri ok....hehehe...=)




Tuesday, March 1, 2011

AisKrim OHHH Ais KRimmm


AISKRIM???
Memang sedapkan? LAgi-lagi masa panas-panas cam sekarang ni. Kalau bole hari-hari pun mau makan. Kalau pegi Tesco tu mesti je ff nak lalu kat tempat aiskrim n belek2 le setiap aiskrim tu tapi belinye 1 aje hehehhe...Ala... kalo nak beli mesti la kene belek2 dulu n tengok yang mana menjadi pilihan hatiku...

Akan tetapi selalu aje kene share minat dgn suami.Kadang-kadang kite suke yg itu dia xsuke pulak so terpaksa la beli yg sama-sama minat...huhuhu...Ape pun ff memang minat ais krim yg berunsurkan susu daripada yg jenis konfleksi tu(ala cam tropicana tu la..). Sebab kalo makan tu lembut je di mulut..Hari tu beli aiskrim pepermint chocolatechip, memang bestt...tapi kan sekali makan banyak, angin satu perut penuh maaaa.....xsesuai...xsesuai..

Setiap org ni lain-lain citarasa....mungkin korang suka yg jenis konfleksi tu kan...
tapi ff kalo tgok kat tv iklan aiskrim tu memang rasa nak sgt2 huhuhu....
sekarang ni tengah cari mat kool pisang...nak tgok jgk cam ne la rupa aiskrim tu yg kalo nak mkn kene ikut cara mcm nak mkn pisang hehehe....
kulit dia tu cam jeli jek kan..


ni ais krim malaysia...sedap wooo...lagi2 perisa milo..

haa...boleh dipelbagaikan dgn meletakkan buah dan biskut....HIdup Malaysiaa!!...
hehehehhehehe

PEMBESARAN BAYI DALAM RAHIM SETIAP MINGGU

Da lama x bukak blog hehe...kali ni sekali buka nak kongsi lah pasal kehamilan sebab ff pun dah disahkan hamil jugak.Gembira nye rase dan xsangka betol dalam perut rupenye ada benda yg sedang hidup dan semakin membesar...selalu jugak terfikir sebesar apelah anak aku ni dalam perut ye...biasalah naluri seorang ibu le katakan...first time pulak tuuu...Setakat ni ff da baca jgk byk buku n majalah. Disini ff nak kongsi bersama tentang pembesaran bayi yg ada dalam rahim kita setiap minggu...=D
_________________________________________________________________


0-5 minggu
embrio anda berukuran 2.5mm pjg iaitu lebih kurang sebutir beras saiznya.


6 minggu
berukuran setengah sentimeter pjg dan menyamai saiz sebiji bunga matahari atau sebutir kuaci.


7 minggu
bayi semakin membesar dan matang. Saiznya seperti sebiji kacang pis.


8 minggu
embrio membesar seperti buah raspberi


9 minggu
Ketika ini, embrio dikenali sebagai fetus dan sudah berkembang ke 2.5 cm atau seperti saiz beri hitam.


10 minggu
akhir minggu ini, bayi sudah berukuran 3.5cm pjg dan seakan-akan kacang buncis.


11 minggu
saiz diantara 2.5cm hingga 5cm pjg dan dia sudah pandai menendang dan menelan tetapi tidak dirasai kerana saiznya masih kecil iaitu seakan sebiji anggur.


12 minggu(3 bulan)
dia sudah berukuran kira-kira 6.5cm dan menyerupai bentuk strawberi.


13 minggu
dgn ukuran 7.5cm saiznya seperti sebesar buah kiwi


14 minggu
bayi semakin panjang dan berukuran 7.5cm hingga 10cm dan bentuknya seakan daun bayam yg besar.


15 minggu
beratnya lebih kurang 50gm dan saiznya kira-kira 10cm dan menyerupai jagung manis.


16 minggu(4 bulan)
saiz bayi kira-kira 11-12cm. Kakinya mula tumbuh panjang daripada tangannya dan agak bulat seperti buah oren.


17 minggu
saiz lebih kurang 12.5cm pjg dan beratnya 170gm. Ia seperti buah avokado.


18 minggu
ukuran bayi kira-kira 14cm. Bentuk bayi sudah digambarkan kerana sudah membesar sedikit. Panjangnya seperti sebiji lobak merah.


19 minggu
anggaran saiz 15cm dan beratnya lebih kurang 225gm seperti sebiji pisang kapas.


20 minggu(5 bulan)
tahap pertengahan kehamilan dan bayi berukuran lebih kurang 16.5cm dan menyerupai buah mangga yang besar dan lebar.


21 minggu
saiz bayi semakin membesar kira-kira 18.5cm dan bentuknya seakan sebiji pisang yang besar.


22 minggu
saiz kira-kira 19cm dan panjangnya seperti sebiji batang jagung.


23 minggu
bayi seberat 450gm dan panjangnya kira-kira 20cm dan sebesar biji labu.


24 minggu(6 bulan)
bayi kini sebesar terung dan saiznya agak besar iaitu kira-kira 21cm.


25 minggu
berat bayi lebih kuarng 500gm dan berukuran 22cm. Panjangnya lebih kurang sama dengan mee spaghetti yg belum direbus..hehe


26 minggu
bayi sudah berukuran 23cm dan seperti bungkusan twisties saiznya(ala keropok ringan tu..).


27 minggu
ketika ini dia membesra menjadi 25.5cm iaitu sama panjang sudu kayu.


28 minggu(7 bulan)
bayi sudah bertambah besar dari 26cm hingga 39cm dan kakinya mula terperosok dalam pelukannya sendiri.Panjangnya sama dgn panjang majalah.(x kirala wanita ke jelita ke pa&ma ke asalkan bukan urtv..besar lebih tuuu...)


29 minggu
minggu trimester ketiga dimana panjangnya mencecah 42cm sama seperti pembakar roti...(aikk!!...)


30 minggu
bayi sudah berukuran 44cm dan lebih kurang tapak tempat duduk kerusi makan anda...hehehe


31 minggu ke 32 minggu
bayi berukuran 45cm dan menyerupai timun panjang di pasaraya...


33 minggu
berukuran kira-kira 46cm daripada hujung rambut ke kaki dan sama bulat seperti saiz tembikai


34 minggu
ukurlah lebar peti ais kerana ianya sama seperti saiz bayi anda sekarang iaitu kira-kira 48cm.


35 minggu
ketika ini ukurannya sudah49cm sama seperti penutup periuk nasi yang besra tu...


36 minggu
anggaran 50cm, sama panjangnya dengan sebuah ketuhar gelombang mikro di rumah..


37 minggu ke 42 minggu
bayi akan membasar menjadi manusia baru dan saiznya mungkin mencecah 53.5cm daripada rambut hingga kaki.ketika ini bayi anda hanya tunggu masa untuk dilahirkan. Masa inilah yg dinnati-nantikan para ibu....


Sampai sini aje lah perkembangan bayi ye. Akan tetapi setiap kandungan adalah berlainan. Ianya cuma untuk panduan sahaja...=)